SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI MAJLIS U.M. BERSATU..

Tuesday 1 November 2011

Tips Apabila Kemalangan Berlaku

Berikut adalah langkah - langkah yang perlu di ambil sebaik sahaja kereta anda melanggar atau dilanggar di jalan raya :

1. Cari kesan kecederaan secepat mungkin, luka, patah atau tersepit.

2. Catatkan nombor pendaftaran kereta (plet) dan model kenderaan - kenderaan yang terbabit (bukan untuk tujuan nombor ekor).

3. Telefon polis untuk mengetahui balai polis mana patut anda pergi untuk membuat laporan.

4. Jika kereta boleh di pandu... Pergilah ke balai polis yang sepatutnya untuk membuat laporan.

5. Jika kereta perlu ditunda, telefon bengkel tempat anda sentiasa hantar kereta untuk diservis, meminta mereka menghantar lori tunda yang boleh dipercayai. Catatkan nombor pendaftarannya. Pastikan anda naik lori berkenaan bagi memastikan kereta di bawa kebalai polis. Biasanya Proton Edar Sdn. Bhd ada senarai lori penundanya.

6. Maklumkan pegawai keselamatan jika ianya berlaku dikawasan persendirian (selain jalan raya)

7. Beri maklumat lengkap kepada pihak berkuasa.

8. Dapatkan laporan bertulis dan nombor fail laporan.

9. Rekodkan maklumat peribadi : Nama, alamat dan nombor kad pengenalan serta lesen memandu pihak - pihak yang terbabit dengan kemalangan.

10. Selepas selesai perkara yang patut di selesaikan di balai polis, ikut lori tunda untuk menghantar kereta anda ke bengkel berkaitan.

11. Telefon ejen insuran anda atau pergi sendiri cawangan insuran anda, isi borang dan serahkan maklumat - maklumat yang dikehendaki.

12. Bincang dengan ejen anda sama ada untuk membuat tuntutan daripada syarikat insuran anda attau pihak ketiga.

Tips :

- Ambil gambar kenderaan dan situasi kemalangan sebik sahaja ianya berlaku.

- Cari saksi terdekat dan catatkan nama dan nombor telefon untuk dihubungi.

- Simpan kemera kecil di dalam kereta atau guna telefon berkemera. Ia akan memudahkan anda untuk membuat laporan polis serta menuntut ganti rugi insuran.

- Sebelum kereta di tunda atau anda meninggalkan kereta di tempat kejadian, pastikan barang - barang berharga di ambil atau dipindahkan daripada kereta anda.

- Elakkan daripada menyerahkan bulat - bulat kepada wakil bengkel yang tidak dikenali. Dapatkan maklumat trak penunda, harga, lokasi,bengkel, serta khidmat yang ditawarkan. Jangan terburu - buru membiarkan kereta anda di tarik, jika boleh dapatkan bantuan rakan - rakan yang biasa berurusan dengan bengkel kereta.

Amaran !
Jangan sesekali mengakui kesalahan anda atau membincangkan kemalangan tersebut dengan pihak terbabit. Jangan meninggalkan tempat kejadian sebelum mengambil data - data yang disebutkan di atas.

Moga info ini dapat memberikan manfaat buat kita semua apabila berhadapan dengan situasi tersebut...

MAJLIS : Rumah Terbuka Merdeka-Raya U.M. Bersatu

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Sekitar minggu terakhir Aidilfitri yang lepas, Majlis U.M. Bersatu dengan penuh kesyukuran telah menganjurkan Rumah Terbuka Merdeka-Raya yang diadakan di teratak Ayahanda kami di Bandar Saujana Putra, Selangor.

Alhamdulillah, Lensa UM turut bersama memeriahkan lagi sambutan yang dihadiri oleh segenap kenalan-kenalan dari serata Malaysia. Lensa UM mewakili Ayahanda U.M. Bersatu serta seluruh jemaah mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua yang hadir serta semua yang telah bersama dalam menjayakan majlis ini.











Friday 29 July 2011

MAJLIS : Makan malam bersama anak-anak yatim

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Tanggal 23hb Julai yang lepas, Majlis U.M. Bersatu dengan penuh kesyukuran telah menganjurkan sebuah majlis makan malam bersama anak-anak yatim yang diadakan di Bandar Saujana Putra, Selangor. Walaupun Lensa UM tidak dapat turut serta memeriahkan majlis atas urusan kerja, namun Lensa UM mengucapkan jutaan terima kasih buat Lensa-lensa sambilan yang sudi berkongsikan gambar-gambar kenangan.





Sunday 17 July 2011

PROGRAM : Gotong-royong membersihkan kubur

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.


Baru-baru ini Lensa UM berada di Johor Bahru, Johor bagi bersama menjayakan sebuah program gotong-royong membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa, Kangkar Tebrau, Johor anjuran Kelab Berkereta Roda Selatan.

Jutaan terima kasih buat presiden serta ahli kelab berkereta Roda Selatan kerana sudi menjemput Lensa UM untuk menyertai program yang memberi 1001 manfaat buat semua.

Di sini Lensa UM turut berkongsi dengan anda beberapa gambar yang sempat dirakam sepanjang program berlangsung.









Thursday 30 June 2011

MAJLIS : Perkahwinan Kanda Khai MRK

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Pada hari Ahad, 19hb Jun yang lepas, seluruh jemaah U.M. Bersatu telah dijemput memeriahkan majlis perkahwinan Kanda Khai MRK yang diadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Maka dengan berbesar hati kami menghadiri majlis tersebut yang ternyata sangat meriah.

Lensa UM mewakili Ayahanda U.M. Bersatu dan seluruh jemaah mengucapkan tahniah serta selamat pengantin baru buat Kanda Khai MRK. Di sini Lensa UM turut berkongsikan beberapa gambar kenangan yang sempat dirakamkan buat tatapan anda semua.




Wednesday 29 June 2011

MAJLIS : Sambutan hari lahir Ayahanda yang ke-50

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Post kali ni Lensa UM ingin berkongsi dengan anda semua majlis sambutan hari lahir ayahanda kesayangan kami iaitu Ayahanda Abu Ujud.


Sambutan yang diadakan di perkarangan teratak ayahanda sendiri dihadiri ramai tetamu undangan termasuk jemaah-jemaah Majlis U.M. Bersatu sendiri.

Lensa UM mewakili seluruh jemaah mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-50 buat Ayahanda Mamu yang kami sayangi. Semoga dipanjangkan usia, dikurniakan limpahan rezeki dan dirahmati Allah SWT hendaknya.

Di sini Lensa UM turut berkongsikan beberapa keping gambar kenangan yang sempat dirakam buat tatapan anda.