SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI MAJLIS U.M. BERSATU..

Tuesday 1 November 2011

Tips Apabila Kemalangan Berlaku

Berikut adalah langkah - langkah yang perlu di ambil sebaik sahaja kereta anda melanggar atau dilanggar di jalan raya :

1. Cari kesan kecederaan secepat mungkin, luka, patah atau tersepit.

2. Catatkan nombor pendaftaran kereta (plet) dan model kenderaan - kenderaan yang terbabit (bukan untuk tujuan nombor ekor).

3. Telefon polis untuk mengetahui balai polis mana patut anda pergi untuk membuat laporan.

4. Jika kereta boleh di pandu... Pergilah ke balai polis yang sepatutnya untuk membuat laporan.

5. Jika kereta perlu ditunda, telefon bengkel tempat anda sentiasa hantar kereta untuk diservis, meminta mereka menghantar lori tunda yang boleh dipercayai. Catatkan nombor pendaftarannya. Pastikan anda naik lori berkenaan bagi memastikan kereta di bawa kebalai polis. Biasanya Proton Edar Sdn. Bhd ada senarai lori penundanya.

6. Maklumkan pegawai keselamatan jika ianya berlaku dikawasan persendirian (selain jalan raya)

7. Beri maklumat lengkap kepada pihak berkuasa.

8. Dapatkan laporan bertulis dan nombor fail laporan.

9. Rekodkan maklumat peribadi : Nama, alamat dan nombor kad pengenalan serta lesen memandu pihak - pihak yang terbabit dengan kemalangan.

10. Selepas selesai perkara yang patut di selesaikan di balai polis, ikut lori tunda untuk menghantar kereta anda ke bengkel berkaitan.

11. Telefon ejen insuran anda atau pergi sendiri cawangan insuran anda, isi borang dan serahkan maklumat - maklumat yang dikehendaki.

12. Bincang dengan ejen anda sama ada untuk membuat tuntutan daripada syarikat insuran anda attau pihak ketiga.

Tips :

- Ambil gambar kenderaan dan situasi kemalangan sebik sahaja ianya berlaku.

- Cari saksi terdekat dan catatkan nama dan nombor telefon untuk dihubungi.

- Simpan kemera kecil di dalam kereta atau guna telefon berkemera. Ia akan memudahkan anda untuk membuat laporan polis serta menuntut ganti rugi insuran.

- Sebelum kereta di tunda atau anda meninggalkan kereta di tempat kejadian, pastikan barang - barang berharga di ambil atau dipindahkan daripada kereta anda.

- Elakkan daripada menyerahkan bulat - bulat kepada wakil bengkel yang tidak dikenali. Dapatkan maklumat trak penunda, harga, lokasi,bengkel, serta khidmat yang ditawarkan. Jangan terburu - buru membiarkan kereta anda di tarik, jika boleh dapatkan bantuan rakan - rakan yang biasa berurusan dengan bengkel kereta.

Amaran !
Jangan sesekali mengakui kesalahan anda atau membincangkan kemalangan tersebut dengan pihak terbabit. Jangan meninggalkan tempat kejadian sebelum mengambil data - data yang disebutkan di atas.

Moga info ini dapat memberikan manfaat buat kita semua apabila berhadapan dengan situasi tersebut...

MAJLIS : Rumah Terbuka Merdeka-Raya U.M. Bersatu

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Sekitar minggu terakhir Aidilfitri yang lepas, Majlis U.M. Bersatu dengan penuh kesyukuran telah menganjurkan Rumah Terbuka Merdeka-Raya yang diadakan di teratak Ayahanda kami di Bandar Saujana Putra, Selangor.

Alhamdulillah, Lensa UM turut bersama memeriahkan lagi sambutan yang dihadiri oleh segenap kenalan-kenalan dari serata Malaysia. Lensa UM mewakili Ayahanda U.M. Bersatu serta seluruh jemaah mengucapkan jutaan penghargaan kepada semua yang hadir serta semua yang telah bersama dalam menjayakan majlis ini.