SELAMAT DATANG KE LAMAN BLOG RASMI MAJLIS U.M. BERSATU..

Thursday 30 June 2011

MAJLIS : Perkahwinan Kanda Khai MRK

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Pada hari Ahad, 19hb Jun yang lepas, seluruh jemaah U.M. Bersatu telah dijemput memeriahkan majlis perkahwinan Kanda Khai MRK yang diadakan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Maka dengan berbesar hati kami menghadiri majlis tersebut yang ternyata sangat meriah.

Lensa UM mewakili Ayahanda U.M. Bersatu dan seluruh jemaah mengucapkan tahniah serta selamat pengantin baru buat Kanda Khai MRK. Di sini Lensa UM turut berkongsikan beberapa gambar kenangan yang sempat dirakamkan buat tatapan anda semua.




Wednesday 29 June 2011

MAJLIS : Sambutan hari lahir Ayahanda yang ke-50

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Post kali ni Lensa UM ingin berkongsi dengan anda semua majlis sambutan hari lahir ayahanda kesayangan kami iaitu Ayahanda Abu Ujud.


Sambutan yang diadakan di perkarangan teratak ayahanda sendiri dihadiri ramai tetamu undangan termasuk jemaah-jemaah Majlis U.M. Bersatu sendiri.

Lensa UM mewakili seluruh jemaah mengucapkan Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Yang Ke-50 buat Ayahanda Mamu yang kami sayangi. Semoga dipanjangkan usia, dikurniakan limpahan rezeki dan dirahmati Allah SWT hendaknya.

Di sini Lensa UM turut berkongsikan beberapa keping gambar kenangan yang sempat dirakam buat tatapan anda.










Wednesday 22 June 2011

PROGRAM : Gotong-royong perdana Rumah Pangsa Impian

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Post kali ni Lensa UM ingin berkongsi pulak mengenai program gotong-royong perdana yang diadakan sekitar sebulan lepas anjuran Badan Pengurusan Bersama (JMB) Rumah Pangsa Impian, Bandar Saujana Putra.

Lensa UM mewakili Ayahanda U.M. Bersatu dan seluruh jemaah ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada pihak JMB Rumah Pangsa Impian diatas kesudian menjemput kami bagi meramaikan dan memeriahkan lagi program.




PROGRAM : Gotong-royong membersihkan surau

Assalamualaikum & Salam Bersatu semua.

Lensa UM kali ini berkongsi dengan semua pengunjung laman blog ini tentang beberapa aktiviti yang dijalankan oleh MAJLIS U.M. BERSATU bersama dengan penduduk di sekitar Bandar Saujana Putra, Selangor.

Beberapa bulan yang lepas yang mana Lensa UM pun dah lupa tarikh yang spesifik, kami telah mengadakan program gotong-royong membersih dan menceriakan Surau Al-Hidayah, Bandar Saujana Putra. Terima kasih kepada semua jemaah yang hadir serta kami mengucapkan jutaan penghargaan kepada pihak Surau Al-Hidayah kerana sudi menjemput kami menyertai program ini.

Di sini Lensa UM turut ingin berkongsi beberapa gambar sepanjang program ini berjalan.